KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said melancarkan buku elektronik (e-buku) “Sulu Fraud vs. Malaysia's Truth” pada Ahad untuk memperingati pencapaian dan kejayaan Kerajaan Malaysia setakat ini dalam menangkis tuntutan palsu Kumpulan Sulu.
Beliau berkata, buku itu adalah bagi memberikan gambaran sepintas lalu mengenai penyalahgunaan dan ketidakadilan yang menjejaskan semua rakyat Malaysia, latar belakang sejarah kes ini, penglibatan (pembiaya litigasi) Therium dan kejayaan penting yang dicapai Malaysia dalam mahkamah Eropah.
Azalina yang baru-baru ini melakukan lawatan kerja ke Brussels, Belgium berkata, garis masa kes ini juga dimasukkan ke dalam buku itu untuk memetakan kronologi peristiwa dan prosiding perundangan dari sejarah 1878 (penandatanganan sewa oleh penjelajah British) hingga ke masa kini.
“Berkenaan perincian dalam e-buku itu, penipuan Kumpulan Sulu telah membangkitkan kebimbangan antaranya kepentingan mendukung etika, integriti, profesionalisme dan amalan baik dalam kalangan penimbang tara antarabangsa, sebagai batu asas kepada timbang tara yang sah.
“Kami melancarkan e-buku ini hari ini di Brussels yang merupakan ibu pejabat kepada Kesatuan Eropah dan akan diedarkan kepada semua duta di Malaysia dan duta besar Malaysia di seluruh dunia,” kata Azalina dalam ucapannya.
Beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersatu dalam menangkis tuntutan Kumpulan Sulu dan membina asas kefahaman dalam perjuangan perundangan ini sama ada menerusi laman sesawang kes Malaysia-Sulu atau e-buku ini.
Sementara itu, beliau berkata, sabitan jenayah terhadap penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa yang sedang dalam proses rayuan, tidak pernah berlaku sebelum ini dan merupakan satu perkembangan positif.
Beliau berkata, Malaysia mengambil maklum kepentingan keputusan mahkamah di Sepanyol dan yakin ia akan menjadi pencegah berkesan kepada tindakan keji oleh pelaku di belakang Penipuan Kumpulan Sulu.
Azalina berkata, keputusan penting ini juga menunjukkan komitmen komuniti perundangan untuk mendukung kedaulatan undang-undang.
Beliau berkata, sementara keputusan itu merupakan satu peringatan yang tepat pada masanya kepada golongan penimbang tara, ia juga mendedahkan keadaan yang tidak pernah diterokai terutamanya kawalan terhadap etika profesionalisme penimbang tara.
Beliau berkata, Kerajaan Malaysia juga menggesa untuk satu kajian semula dan pembaharuan segera global untuk menambah baik industri litigasi pihak ketiga berikutan pengalaman negara dalam kes Tuntutan Kumpulan Sulu yang berprofil tinggi.
Sementara itu, kenyataan berasingan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri berkata, Azalina dalam lawatan kerja itu telah bertemu dengan delegasi dari seluruh Kesatuan Eropah (EU) yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan bagi tujuan berkongsi pengetahuan dan meningkatkan kefahaman bersama mengenai sistem perundangan masing-masing.
Ia berkata, libat urus itu membincangkan perkara mengenai hal ehwal perundangan EU dan memupuk kepekaan terhadap pertikaian undang-undang US$14.92 bilion yang berterusan antara Malaysia dengan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pewaris kepada Sultan Sulu (Tuntutan Kumpulan Sulu) dalam empat negara anggota EU, termasuk sabitan terkini terhadap Stampa di Sepanyol. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Azalina (dua dari kiri) pada majlis pelancaran buku elektronik (e-buku) “Sulu Fraud vs. Malaysia's Truth” di Brussels, Belgium. - Gambar Facebook AZALINA OTHMAN SAID
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'Siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
Pulau Pinang 'gedung kelahiran' akhbar sebelum Perang Dunia Kedua
Pulau Pinang kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dilaksana di tiga negara - Azalina
Inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selama dua tahun melalui kajian empirikal di tiga negara iaitu Kanada, Australia serta United Kingdom.
Dewan Negara lulus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan
Kabinet memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.